Allahuakbar.
Aku pernah berdoa kepada Allah agar ditemukan dengan seorang yang mampu menjawab persoalan yang terbuku di pekungku. seorang alim atau seorang abid atau seorang guru. Jikalau ku tahu orang itu duduk di gua terpencil sekalipun, akan ku jejak beliau untuk menghuraikan buku-buku simpulan persoalan di benak ku ini. dan beberapa hari lalu, ku ulangi doaku ini, dalam keadaan basah kuyup disimbahi air hujan kota raya yang hangat.
'Ku tahu Kau sentiasa mendengar Ya Allah, tapi kenapa Kau tak menjawab?'ku bermonolog sendirian. persis orang kehilangan arah haluan. bak kapal tiada kemudi di lautan bergelora.
Allahuakbar.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.السميع. Maha mengetahui rahasia. الخبير. Semalam tika ku sibuk dengan urusan duniaku, tiba2 ada sekumpulan manusia berkumpul untuk mendengar ceramah. 'Dipersilakan Asyraf imam muda untuk memberikan ceramahnya'. Terpaku diriku seketika. dahagaku terhadap ilmu tidak pernah puas, lantasku tinggalkan urusanku dan menyertai kumpulan itu. Inilah kali pertama aku melihar mahupun mendengar suara beliau. (Kerana selama ini, ku fikir yang asyraf muslim itu imam muda)Lalu bermulalah syarahan beliau, dan isinya adalah mengenai wasiat Luqman nur hakim kepada anaknya, sepertimana yang terdapat dalam Surah Luqman.
Ilmu yang kita ada ini sangatlah cetek. ibarat setitis air di lautan. Banyak yang kutimba semalam, mendengar kata-katanya, luluh hatiku, ibarat ditoreh dengan pisau belati dan berdarah kepanasan, pilu sangat. Pelbagai perkara yang ku persoalkan selama in terjawab. dan akan ku ingat katanya, Allah takkan uji seserorang itu melainkan dia tahu orang itu mampu menanggungnya, kerna Allah itu Maha Adil. Seberat mana ujian itu menunjukkan sebanyak mana Allah sayang padanya. memang aku lupa. memang aku tak bersyukur. Mampukan aku lulus ujianmu ini Ya Rab? Ya Allah, biarlah pengakhiranku di dalam Islam dan iman.
p/s: asyraf imammuda wins hands down against acap jambu penyu. xle celen.
No comments:
Post a Comment